Followers

Thursday, January 27, 2011

AMARAN : Wabak demam dan batuk sedang melanda

Assalamualaikum semua...

Lama sangat rasanya tak berblog. Dua-tiga minggu ni memang tempoh yang mencabar buat diri saya. Mula-mula saya demam 2 hari. Tak lama lepas tu, anak sulong saya pulak demam. Nasib baik tak lama, malamnya dah baik. Tapi hari esoknya, yang no. 2 dan no. 3 pulak demam... Lama pulak tu, 2-3 hari. Dengan ayahnya sekali demam. Terpaksalah EL. Lepas tu saya pulak demam sekali lagi... Tapi kali ni demam tu payah betul nak pergi. Batuk daripada demam yang lepas pun tak baik lagi. Bila demam balik, saya terpaksa jugak ke pejabat sebab terlalu banyak kerja menanti di pejabat. Nanti user marah pulak. Sebab kena aircond, demam tak kebah-kebah selama seminggu. Saya ni jenis tak suka makan paracetamol /panadol. Pastu doktor bagi antibiotik pun saya tak makan sebab takut dropkan susu. Walaupun doktor kata selamat untuk breastfeeding mommy. Dah banyak sangat dengar cerita susu drop lepas makan antibiotik. huhu.. So, nak harapkan pengambilan supplement Shaklee yang tak consistent, ditambah pula kurang minum air masak?? Janganlah nak salahkan Shaklee kalau rasa macam tak berkesan je makan Shaklee. (Sendiri mau ingat ler. hehe..) Saya rasa seminggu saya demam haritu adalah hari-hari yang sungguh mencabar keimanan.. Takpelah, moga dosa-dosa saya terhapus dengan kesakitan yang saya alami tu. Amin... Jangan makin bertambah dosa sebab mengeluh dah lah. hehe..

Hah.. nak cerita pasal tajuk entry ni... Tadi terima satu emel daripada ofismate...Ini 'keratan' emel tersebut... Tentang gejala batuk dan demam yang makin berleluasa di Singapura. 

Friday, January 21, 2011
SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI

KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.

Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/singapura-istyihar-batuk-sakit-tekak.html

Di Malaysia ni takde pula dengar tentang gejala batuk, sakit tekak & demam ni ya.. Tapi saya rasa memang sedang berleluasa juga. Kerap dengar orang-orang keliling tak sihat. 

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, apa kata kita bina 'benteng' diri dengan pengambilan supplement SHAKLEE... Moga Allah pelihara diri kita dan dijauhkan dari sebarang penyakit.

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms kan ke 012-2897359.
 

Promosi Pembukaan!!!

- Ini adalah sticky entry -
Assalamualaikum wrt,

Dengan lafaz Bismillahirrahmaa nirrahim.. Dengan ini saya mengumumkan bahawa blog ini menawarkan produk SHAKLEE untuk anda...

B-Complex + Vita-C + Alfalfa Complex + Vita-Lea

Sebagai Permulaan, blog ini menawarkan beberapa set sahaja dulu, iaitu Set A (Optimum Health), Set B (Breastfeeding Set), Set E (Set B + Ostematrix) dan Set G (Resdung, Alahan, Eczema). Kiranya set yang terdiri daripada vitamin-vitamin di atas.

Boleh rujuk panel belah kanan blog ini untuk detailnya ya.

Jadi saya nak war-warkan promosi pembukaan blog Hebatkan.. iaitu:


Bagi 2 pembelian pertama SET B (BRESTFEEDING), akan menerima FREE GIFT iaitu, bukan 1, tetapi 2 FRAME FRIDGE MAGNET yang sangat comel seperti dalam gambar di atas. Boleh letak gambar yang tersayang, boh kat fridge atau kat opis. Tapi warna tak semestinya seperti yang dalam gambar tu ya.

Kenapa anda sebagai ibu menyusu perlukan suplemen SHAKLEE??

  • Anda akan lebih bertenaga, bersemangat dan ceria dengan kehadiran B-complex dan Vitamin C dalam diet harian.
  • Anda bertenaga kerana mendapat 12 vitamin dan 7 galian lengkap dari Multivitamin yang dengan iron formula.
  • Susu mudah dihasilkan dari tubuh badan yang sihat ditambah pula alfalfa sebagai milk booster.
  • Jika badan anda sihat sudah tentulah akan mempengaruhi emosi ibu itu sendiri. Maka emosi yang sentiasa positif dapat mengurangkan stress, seterusnya susu lebih mudah terhasil.
  • Bila badan sihat, kita pun lebih ceria menghadapi hari-hari yang mencabar, terutama sebagai multi-tasker :)
Jadi, tunggu apa lagi. Cepat dapatkan Trial Pack SET B dengan harga yang sangat berpatutan, RM80 sahaja!! Emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms di 012-2897359.

Wassalam..




Saturday, January 8, 2011

Berakhirnya sebuah pencarian

Assalamualaikum wrt,

Saya nak sambung entry tentang penemuan yang menyelesaikan masalah susu merundum saya beberapa bulan dulu..

Bila susu mula berkurang, baru la terhegeh-hegeh nak bukak balik forum susuibu.com. Dulu memang rajin jengah forum tu. Gali punya gali, terjumpa la blog AnakkuWiraku. Saya tertarik sebab first time dapat tau ada supplement yang dapat menambah susu ibu. Saya fikir, lebih baik amik supplement. Selain untuk banyakkan susu, dapat juga perbaiki kesihatan badan. So tanpa berlengah, saya pun order Trial Pack Set B untuk ibu menyusu.

First time consume, bila pam susu nampak berbezaan pada warna susu. Kekuningan. Seminggu saya makan set B .. susu still tak nampak peningkatan. Minum air banyak dah rasa... Tapi saya tak konsisten dalam mengepam. Kat ofis tu kadang-kadang meeting la, dan macam-macam. Jadi saya tak stick pada jadual mengepam saya. Kejap pam pukul 10, jam kol 11 jap kol 2. petang kejap kol 4, kejap kol 5... Agaknya susu tu nak keluar pun tak pasti bila sepatutnya nak keluar. haha..

Bila tengok hasil mengepam tiada perubahan ketara, mula la down.. makan vitamin pun mula tak konsisten. Tapi bila stok ebm mula merosot, saya sedar kembali. Saya belum mahu mengalah! Saya nak pastikan anak ke-3 saya dapat penyusuan penuh dari saya hingga sekurang-kurangnya 2 tahun!

Jadi lepas tu saya order pula ESP. Memandangkan dah belanja banyak, saya paksa juga diri supaya memenuhi syarat-syarat untuk memastikan pengeluaran susu bertambah:

1. Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari - saya buat sukatan. 2 x 1.5L tupperware.

2. Konsisten dengan jadual mengepam - pam jam 11 pagi, 4 petang, 9 malam dan pam sambil nenen pada waktu malam. Saya tak kerap pam di ofis sebab saya takut tak dapat nak menepati jadual. Saya rasa better 2x sahaja, tapi ikut jadual. Lepas tu bila susu dah konsisten baru saya pam 3x di ofis - 11 am, 2.30 ptg, 5.30 ptg. Alhamdulillah, so far dapat ikut jadual ni. :)

3. Sentiasa berdoa dan berdoa...

Alhamdulillah, dalam masa seminggu dah nampak peningkatan. Masa susu down, saya cuma dapat 2-3 oz sahaja sekali pam. Alhamdulillah, dapat upkan sehingga 5-6 oz sekali pam. Lagi best, dapat 2x let-down semasa pam. Saya ni pam guna Avent Manual je. Kira on each breast boleh dpt 1x let-down la pada satu sesi pam.

Oh ya! Lagi satu perkara yang saya perasan, hasil mengambil vitamin Shaklee... Sakit-sakit pinggang yang saya alami selepas habis berpantang dah hilang! Mula-mula tak perasan. Tapi tak lama tu baru perasan.. eh.. dah takde sakit pinggang la sekarang. Alhamdulillah.. :)

Terima kasih Kak N sebab memperkenalkan Shaklee kepada saya!

Friday, January 7, 2011

Waktu Sesuai Mengambil Vitamin

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Kredit: GenkiMomma, AnakkuWiraku

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee.

Namun sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.
-- setuju! Jadual pengepaman yang konsisten adalah sangat penting. Saya sendiri biasanya pukul 11 tu breast tak bengkak pun. Tapi bila pam, cepat je dapat let-down dan sejak amalkan Shaklee, boleh dapat 2x let-down!! best!

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.
-- Setuju! Saya sediakan indicator botol air 1.5L dan 2x 600ml. Memang kerap ke bilik air, dah la sejuk kat opis ni. heheh...

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.
-- Saya sentiasa berdoa selepas solat "Ya Allah, izinkanlah aku memenuhi sepenuhnya keperluan penyusuan Fikry sehingga dia berumur sekurang-kurangnya 2 tahun... Amin..."


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.

kredit to Kak Norita

Thursday, January 6, 2011

Hasil perahan sesi petang


6.75 oz untuk sesi 3 pm + 5.30 pm

Alhamdulillah.. belah petang semalam dapat 6.75 oz. Walaupun tak terlalu meriah, tapi cukup la untuk bekalan fikry harini. Tak perlu ambil ebm dari freezer. :)

Hasil Perahan - wow!



Alhamdulillah, syukur sangat-sangat hari ni. Sebab apa? Sebab hasil perahan pertama saya untuk hari ni menunjukkan peningkatan! Yesss!! Dapat 5 oz!!! Walaupun bagi sesetengah orang amaun ni tak seberapa, tapi bagi saya ia sangat bermakna!!

Saya pam kat ofis 3x sehari. 11 am - 2.30 pm - 5.30 pm. Kebelakangan ni hasil susu saya drop sangat! Sebelum ni saya dapat dalam 5-6 oz sekali pam. Tapi disebabkan beberapa faktor, susu saya drop hingga
3-4 oz shj sekali pam. Huhu.. Tapi beberapa hari ni saya kembali nekad untuk upkan production.

Rahsia saya? Pagi minum oat + ESP.

Lepas Breakfast, makan VITALEA + ALFALFA

Lepas Lunch, makan Vitamin C + ALFALFA

Petang sebelum balik rumah makan ALFALFA

Malam lepas dinner makan B COMPLEX

Minum air jangan citer lah.. Lebih daripada 3L sehari. Di ofis saya bawa bekas air 1.5L satu dan yang 600mL satu. Saya akan top-up satu kali lagi bekas 600mL bila bekalan air abis. Jadi total air saya minum di ofis adalah sebanyak 2.7L. Kat rumah saya minum lagi dalam 2 - 3 gelas air sebelum tidur.

Selain tu, saya cuba sedaya upaya untuk stick konsisten dgn jadual mengepam saya. Sebab ini juga salah satu faktor penting untuk mendapat hasil perahan yang banyak.

Alhamdulillah, akhirnya hari ni berjaya dapat dalam 5 oz! Yey.. seronoknya rasa hati.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba Vitamin Shaklee sebagai satu USAHA memperbanyakkan susu badan.. Nantikan OFFER dari blog ini!!!

Salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...