Followers

Wednesday, December 28, 2011

Sabar dan Istiqamah kunci kejayaan dengan Set Penyusuan Euphoria

Assalamualaikum!
Terima kasih dan tahniah kepada Adzah kerana telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan Shaklee dalam mengatasi masalahnya. Semasa dalam pantang, bukan semua ibu bertuah dikurniakan susu yang meriah. Namun, sebagai ibu pastinya kita tidak mahu terus berputus asa dan mengalah, bukan. Naluri ibu pastinya mahu berikan yang terbaik buat anak kita. Jika ingin berjaya dalam penyusuan susu ibu, kita kena yakin yang kita mampu untuk lakukannya. Walaupun penyusuan eksklusif tidak mudah, tetapi ia bukan mustahil! Jom baca pengalaman Adzah bagaimana set Eu-four membantu beliau mempertingkatkan penghasilan susunya, selain mendapat manfaat yang lain!

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Apakah set penyusuan Euphoria yang telah diambil oleh Adzah?


&

Energizing Soy Protein (ESP)

Namun, saya ingin remind para ibu yang Set Penyusuan Euphoria ini bukanlah 'ubat TAMBAH SUSU'. Maksud saya, ia bukan drugs yang bertindak serta-merta.. Tetapi, pengambilan mana-mana Set Penyusuan Euphoria (ada 4 jenis semuanya) perlu diiringi dengan 3 amalan penting yang saya sentiasa tekankan! Konsep asas penyusuan tak boleh dipandang remeh kerana ia juga kunci utama dalam menentukan kejayaan penyusuan anda. 

Apakah 3 perkara yang perlu seiring dengan pengambilan Set Penyusuan Euphoria??

1. Pam/menyusu dengan kerap & konsisten
JANGAN tunggu sehingga breast rasa penuh baru nak pam! Tetapkan jadual mengepam yang tetap dan kerap. Contohnya, pam setiap 2 atau 3 jam, dan pastikan anda follow jadual tersebut. Jika baby kerap menyusu sewaktu berada di rumah, tak mengapa.. Jangan runsing jika anda tak sempat nak pam. Sebab bayi adalah the best pump! Tapi kalau baby menyusu sekejap je, sebaik-baiknya pam selepas menyusu kerana amalan ini dapat mempertingkat penghasilan susu. Jangan susah hati kalau pada hari-hari pertama, hasil susu yang anda pam hanyalah 1 oz. Bersabarlah dan anda akan dapati 1 oz itu bertambah sikit demi sedikit dalam beberapa hari. 

2. Minum air kosong tidak kurang 3L sehari
 Pengambilan air kosong yang mencukupi adalah sangat penting bagi ibu menyusu kerana kita kehilangan banyak air melalui susu ibu, selain urin, berpeluh dsb. Selain itu, air yang mencukupi juga diperlukan untuk menyalurkan khasiat suplemen ke seluruh tubuh badan. Jika badan mendapat air yang cukup, ia akan terserlah melalui wajah yang berseri serta kulit yang cantik dan lembap. Sedikit tips untuk latih diri kita minum air secukupnya ialah, dengan meminum segelas air setiap kali sebelum solat, dan segelas lagi selepas solat, segelas air sebelum dan selepas pam atau menyusu. ;)

3. Berdoa dan berzikir kepadaNya
Zikir yang bagus untuk diamalkan untuk perbanyakkan susu ialah ya Matin. Sambil pam, sambil berzikir. Selain itu, sentiasalah berdoa memohon kepadaNya supaya dipermudahkan usaha penyusuan kita dan semoga anak kita mendapat khasiat sepenuhnya dari susu ibunya sehingga 2 tahun..

Yang seronoknya Set Penyusuan Shaklee ni, ibu-ibu bukan setakat dapat mempertingkat penghasilan susu ibu, malah dapat juga manfaat lain seperti yang Adzah telah alami (kulit kaki tidak merekah lagi, wajah tidak kusam). Sebabnya, suplemen Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi, yang mengisi lopong-lopong zat dalam badan ibu, sama ada kita sedar atau tidak!

Perlu diingatkan, untuk mendapatkan hasilnya bukanlah dalam sehari dua. Tindakbalas suplemen ke atas badan setiap orang adalah berbeza. Seperti Adzah sendiri pun, beliau konsisten mengambil shaklee dalam 2 minggu untuk mendapatkan hasil yang diingini. Kesabaran dan istiqamah, insyaAllah anda berjaya! Tapi, kalau ada sebarang masalah, terus je hubungi pengedar Shaklee anda ya. Dengan Euphoria, setiap belian melayakkan anda mendapat konsultasi percuma!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...