Followers

Friday, December 2, 2011

Quick Update!

Assalamualaikum!

Wa.. lama sungguh saya 'offline'. Nevertheless, terima kasih tak terhingga kepada yang sudi singgah menjenguk blog saya ni.. Rasa sungguh terharu .. huhu.. Yang sebenarnya, anak kecik saya telah dimasukkan ke 'asrama' kerana batuk + asma. Tapi alhamdulillah, such a speedy recovery. Mujur satu malam je warded... Tapi kesian sangat sepanjang diwadkan tu. Setiap 2 jam kena sedut gas - meraung. Kena makan 2-3 jenis ubat - meraung. Pastu kena buat fisioterapi dan buang kahak - meraung lagi.. First day dalam wad, in between tu Fikry memang tidur ajelah. Tapi sempat lagi nyanyi lagu 'InsyaAllah', ibu siap rekod lagi. hehe.. And the next day, Fikry makin aktif.. Alhamdulillah, bacaan pernafasan dia bertambah dari 96 (first day) kepada 99. Bacaan pernafasan yang normal dan sihat ialah above 100.. Tapi, 99 should be ok lah.. Now just continue medication di rumah, dan follow-up check up pada 6 Disember ni..

Sepanjang Fikry tak sihat, saya juga telah meng'up'kan supplement intake saya.. Double dose of Vitamin C, dan Vitalea. Alhamdulillah.. moga Fikry dapat khasiatnya daripada susu ibu. InsyaAllah saya ingat nak tambah OmegaGuard dalam menu suplemen saya sebab minyak ikan ni memang elok untuk atasi batuk-batuk dan selesema. Sifatnya yang 'panas' mampu melegakan simptom-simptom di atas. Semalam cuba bagi Fikry kapsul OmegaGuard tu elok je dia kunyah. Abang-abangnya sampai kelat muka nak telan .. haha.. Tapi pagi ni cuba bagi, dibuangnya. Takpelah.. nanti 2-3 hari lagi ibu cuba bagi lagi k. Budak-budak pun boleh makan OmegaGuard ni, tapi cukup sekadar 2x seminggu. Bagus untuk tingkatkan imuniti badan, especially yang selalu bersin-bersin dan hidung berair pada waktu pagi.

Insyaallah, next entry saya akan kongsikan lebih info dan testimoni pengguna Shaklee ya. Oh ya! Dan sempena birthday saya tak lama lagi, saya plan untuk buat contest atau GA sepanjang Disember ni. Dah 2 Disember pun! Huhu.. tak sempat lagi nak fikir nak buat macam mana, hadiah apa, bla..bla.. Tapi, insyaAllah, memang akan ada! Stay tune!



Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412
emel : ainihayati[at]gmail.com
h/p: 012-2897359
COD : Putrajaya

1 comment:

IntaNBerliaN said...

SO, ANAK sekrang macamana.. dh sihat ke?

p/s : Psl gosok gigi tu, saya xda tips la pulak tapi sebelum alisha 'pandai' berus gigi, saya sentiasa berus gigi saya depan dia.. maybe dari situ kot dia berminat nak berus gigi dia jugak.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...