Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kepentingan Setiap Vitamin dalam Set Eu-Four Pack

Assalamualaikum...

Satu kepuasan bagi saya apabila customer mendapat apa yg dihajati dengan pengambilan Shaklee. Saya sendiri memang consume shaklee, jadi saya rasa konfiden untuk kongsikan kebaikan Shaklee dengan orang lain. Bulan pertama set Eu-Four pack dilancarkan, sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan. Dan rata-rata memang mendapat hasil yang memuaskan. Memandangkan set penyusuan Euphoria ada beberapa jenis, jadi saya akan syorkan mengikut keadaan serta keperluan ibu dan bayi. Set Eu-Four ni walaupun biasanya untuk ibu menyusu, tapi sebenarnya boleh juga diambil oleh sesiapa sahaja. Boleh share dengan suami, mak, ayah... Tapi kalau untuk ibu menyusu, saya akan syorkan set Eu-Four pack ni jika bayi masih kecil, iaitu 6 bulan ke bawah. Sebelum tu, jom baca emel sorang customer saya yang berpuashati dengan hasil pengambilan set Eu-Four pack:

Sebagai pengguna yang bijak, sepatutnya kita perlu tahu dan ambil tahu mengapa kita ambil vitamin-vitamin ni. Apakah kebaikan setiap vitamin dalam set Eu-Four pack kepada kita?

Vitamin C
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Jadi, kita kena dapatkan dari sumber luar. Vitamin C dapat mempertingkatkan sistem imun badan. Sistem imun yang kuat dapat menjadi benteng supaya kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Kalau nak tau, sebiji vitamin C shaklee 500g adalah bersamaan dengan 6 1/2 biji buah oren tau! Sanggup ke nak makan sampai sebanyak tu sehari? sebiji buah oren navel (yg jenis manis tu..) RM1 jugak saya tengok kat pasaraya. Uniknya vitamin C Shaklee pula ia berteknologi pelepasan bermasa. Maksudnya 100mg vitamin c dilepaskan ke dalam tubuh setiap jam. Ini kerana, vitamin C adalah sejenis vitamin larut air dan mudah musnah. Kalau semua vitamin C tu terus dilepaskan waktu kita makan vitamin tu, badan kita tak dapat khasiat vitamin C tu sepenuhnya sepanjang hari.

B kompleks
B kompleks juga adalah vitamin jenis larut air dan mudah musnah akibat stress, pencemaran dan sebagainya. Mengapa kita perlukan b kompleks dalam menu harian? B kompleks terdiri daripada kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2),niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin. Secara umumnya, B kompleks meningkatkan metabolisme badan, menukarkan gula kepada tenaga, menstabilkan hormon dan penting untuk kesihatan saraf. Dengan kata lain, B kompleks dapat mengurangkan stress, meningkatkan daya fikiran,  membuat wajah berseri-seri. Kalau nak tau, riboflavin dalam B kompleks lah yang memberikan warna kuning fluorescent pada urin dan susu ibu. 

Vitalea
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, diformulasi dengan zat besi. Apakah beza Vitalea dengan multivitamin biasa?
Kemajuan SaintifikDisokong oleh tujuh kajian klinikal.
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif -Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasaLebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.


Selain itu, Vitalea turut dilengkapi dengan zat besi. Apakah kepentingan zat besi, terutama bagi ibu menyusu? 
Bagi ibu yang telah datang menstrual, ibu akan kehilangan zat besi sebanyak 15%. Secara tak langsung, kandungan zat besi dalam susu ibu juga akan menyusut. Zat besi adalah sangat penting untuk perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak yang sihat. Pastikan ibu-ibu tidak memandang remeh pengambilan zat besi, terutama apabila bayi berumur 6 bulan ke atas. 

Pengambilan dengan Vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi yang optimum! Namun, elakkan pengambilan dengan susu atau ostematrix kerana kalsium dapat mengganggu penyerapan zat besi (vitalea).

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium semata-mata tidak mampu dimanfaatkan oleh tubuh tanpa magnesium dan vitamin D yang mencukupi. Ia ibarat batu-bata tanpa simen..  Begitu juga kalsium. Walau sebanyak mana anda consume kalsium, ia tak berguna selagi mana tidak diiringi dengan magnesium dan vitamin D sebagai pelengkap. Bagi yang telah mencuba Ostematrix sahaja tahu keberkesanannya mengatasi keletihan, cramp, kebas-kebas, sembelit dan banyak lagi. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan Ostematrix terbukti dapat membantu penghasilan susu ibu, provided konsep asas penyusuan (supply vs demand) dipatuhi dan ikut je saranan & tips daripada kami. 
Ostematrix adalah terbaik diambil sebelum tidur kerana penyerapannya adalah optimum sewaktu kita tidur kerana kurang kehilangan air. 

InsyaAllah, kalau kita makan suplemen dengan ilmu yang betul, kita akan sentiasa bermotivasi dan tak 'buat-buat' lupa untuk mengambilnya setiap hari. hehe.. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...