Followers

Monday, December 19, 2011

"Akak, kenapa akak buat bisnes Shaklee ni?"

Assalamualaikum!

Seperti yang pernah saya mention sebelum ni, bulan Disember adalah bulan yang sangat 'memorable' bagi saya. Antara sebabnya ialah, dalam bulan inilah saya memulakan satu langkah baru dalam hidup saya. Iaitu memulakan bisnes Shaklee. :)

Saya mula mengenali Shaklee waktu saya mengalamai kemerunduman susu iaitu Fikry berumur lebih kurang 8 bulan kalau tak silap. Alhamdulillah, saya ditemukan dengan Shaklee di mana saya rasa bukan saja dapat meningkatkan penghasilan susu badan saya, malah juga telah mempertingkat mutu kesihatan saya. Jadi bila diapproach oleh Kak N untuk sama-sama buat bisnes Shaklee, saya rasa teruja juga. Sebabnya, saya memang ada sikit-sikit businessminded. Dari kecik memang suka berangan nak jadi bisneswoman. ahaks..

Tapi apa yang membezakan antara bisnes Shaklee dan bisnes lain? Ada seseorang pernah bertanya pada saya, "Kenapa akak buat bisnes Shaklee?" Dan pada masa tu tak tau kenapa saya jawab, "Saja cari duit sampingan..." Sedangkan sebenarnya, ia lebih daripada itu! Inilah sebab-sebab mengapa saya berbisnes Shaklee dan apa faedah yang saya dapat setelah join group Euphoria Shaklee:

  1. Dengan Shaklee, saya bukan setakat menjual produk, fullstop. Saya harap ia menjadi saham akhirat saya kelak. Kalau jual baju ke, kek ke, sampai di situ sahaja. Tapi dengan menjual makanan tambahan Shaklee, saya dapat memperbaiki mutu kesihatan pelanggan saya, dan secara tak langsung saya percaya ia adalah amal jariah. Kira win-win situation la. Saya untung, anda untung.
  2. Melalui bisnes ni, saya dapat buat ramai kenalan baru.. Even though bukan pelanggan Shaklee, tapi saya belajar untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan blogger-blogger lain melalui blogwalking, daripada GA yang dianjurkan.. memang luas sangat dunia siber ni. Dunia tanpa sempadan. Peluang pun tanpa sempadan :)
  3. Saya tak perlu keluar rumah untuk mencari prospek. Saya cuma perlu peruntukkan masa dalam 1-2 jam (depends how 'work-smart' saya) di depan pc untuk tujuan update blog, promosi melalui blog-walking, fb, dsb. Dulu saya teruja sangat dengan satu MLM ni bila tgk cek yang dipamerkan dengan angka puluh-puluh ribu. Ishh... sapa tak tertarik kan.. Tapi, bila fikir-fikir balik. Cara mereka bukanlah cara saya. Nak kena ke hulu, ke hilir, ke utara, ke selatan mencari prospek. Saya sendiri pun pernah didatangi kawan-kawan yang kenkononnya melawat saya waktu pantang, rupanya ada agenda lain.. Datang pula waktu malam, pong-pang pong-pang.. tengok jam dah pukul 10.. 11.. last-last kol 12 tengah malam baru nak beredar. Puas jugak lah hint-hint anak nak tidur, dengan yang mengamuknya. huhu.. Kalau saya sendiri tak gemar diganggu sebegitu rupa, saya pun tak nak buat macam tu kat orang lain.. InsyaAllah, dengan kumpulan Euphoria, kami hanya market online.. Jadi pelanggan yang akan cari kami. So tiada istilah 'mengganggu' (harapnya).
  4. Tidak memerlukan modal yang besar. Ada beberapa cara untuk mulakan bisnes Shaklee dalam group Euphoria. Sama ada dengan modal rm75 sahaja, mahupun modal rm700, atau tiada modal pun. Boleh pilih ikut kemampuan dan kehendak masing-masing. Fleksibel! Tak perlu buat personal loan bagai.. ;)
  5. Walaupun Shaklee adalah bisnes MLM, tapi honestly, tak rasa pun macam MLM! Sebabnya, bisnes ni kita sendiri yang tentukan. Upline saya, Kak N tak pernah push-push suruh saya upkan sales, dsb. Tiada paksaan langsung. Cuma kami ada group tertutup untuk tujuan motivasi dan konsultasi. Kalau rasa-rasa nak serius berbisnes, banyak-banyaklah rujuk pada upline. Upline sentiasa bersedia untuk bantu. Tapi, kalau kita sendiri rasa belum bersedia, no hal. Upline takkan sibuk-sibuk bertanya pasal sales kita. I like!
  6. Dalam seminar Euphoria yang ke-3, barulah saya sedar dan 'nampak' mengapa upline saya sentiasa tekankan yang dalam Shaklee, kalau nak untung banyak, usaha kita sendiri kena banyak. Baru saya sedar keadilan dalam Shaklee ni. Contohnya untuk bulan ni, kalau sales saya sikit tetapi sales downline saya banyak, saya tetap untung sikit. Selain tu, once kita dah capai certain level, kita akan break-away daripada upline kita. So, yang di bawah tidak akan selama-lamanya berada di bawah. Hebat, kan...
  7. Kami dalam kumpulan Euphoria sentiasa diingatkan tentang tanggungjawab membayar zakat, kelebihan dan faedah bersedekah. Selain penerapan amalan-amalan rohani yang bukan setakat dapat mempertingkatkan sales, malah secara tak langsung dapat mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Sesama ahli kumpulan kami juga sentiasa ingat-mengingatkan kalau ada yang buat silap. Manusia biasa memang selalu buat silap.. Moga ukhuwah ini sentiasa dirahmatiNya.
  8. Saat yang paling menyeronokkan (selain dapat bonus besar), bila customer get-back and beri testimoni hebat-hebat! Tak boleh digambarkan keseronokannya bila kita dapat bantu orang lain. Rasa puas sangat. Contohnya kawan baik saya ni, dia yang terawal beli Shaklee daripada saya. BFF saya ni memang sentiasa support bisnes saya. (entah-entah mula-mula beli pun sebab nak support semata-mata. hehe) Tapi, alhamdulillah, sekarang ni dia tengah buat PhD kat UK, terjumpa balik Shaklee yang pernah dibelinya sebelum ni... dengan kuasa Allah, baik batuk dia yang sekian lama tak baik-baik! Rasa nak nanges pun ada bila baca mesej dia ni..

 
Itulah serba-sedikit manfaat dan keseronokan berbisnes Shaklee pada saya... Saya doakan semua pelanggan saya mendapat semua yang dihajati dengan pengambilan Shaklee. Sebab saya sendiri dah rasai kehebatan Shaklee. 

Saya letak gambo faveret drink saya. ESP + Fullcream milk = yummy shake! Sebab dok teringat-ingat je sepanjang weekend ni pasal tertinggal ESP kat opis. A weekend without ESP rasa sungguh incomplete! Over betul! Haha..


Di kesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah berikan sokongan pada saya. Tanpa anda, tiadalah 'ibu hebat' :p

So, kawan-kawan. Jika ada yang berminat untuk cuba Shaklee, boleh emel or sms saya. Minat nak join Shaklee pun sangat dialu-alukan. Jom sama-sama menjadi muslimah jutawan! Bila kita ada lebih, barulah boleh bagi lebih... untuk pembangunan umat. InsyaAllah...

Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412 
emel : ainihayati[at]gmail.com 
h/p: 012-2897359
COD : Putrajaya






2 comments:

My Chibi Box said...

I LIKEEEEEEEEE

ibuhebat said...

hihihih... kalo ada button like mesti dah tekan dah tuuuu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...