Followers

Thursday, November 17, 2011

Hikmah di sebalik Surah Al-Fatihah


Assalamualaikum!
Kita sebagai hamba-Nya hanya dapat merancang dan seterusnya bertawakal (usaha + doa) untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Selebihnya, hanya Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan hasrat kita itu satu kenyataan atau sebaliknya. Namun, sebagai hamba Allah, kita kena sentiasa bersangka baik (khuznu zon) kepada-Nya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Di samping itu kita haruslah terus berdoa, berdoa dan berdoa tanpa jemu... 
Selain berusaha dengan bekerja keras (dan dengan bijak), ada pelbagai amalan kerohanian yang boleh kita amalkan sebagai salah satu ikhtiar.. InsyaAllah, dengan mendekatkan diri kepada-Nya, semoga Allah memakbulkan segala yang kita hajati...
Samalah konsepnya dengan hubungan cikgu dan murid. Kalau anak murid yang rajin dan pada masa yang sama pandai ambil hati cikgunya, pasti mendapat perhatian utama cikgu kan.. Berbanding anak murid lain yang juga rajin, tapi tak berapa rapat dgn cikgu... =)


Di sini saya kongsikan fadhilat surah Al-Fatihah...
Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
Untuk pendinding ketika tidur, bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.
Semoga Allah berkati segala usaha kita dan memenuhi segala impian kita...Aminn..

Sumber: ahmadzaki
Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412
emel : ainihayati[at]gmail.com
h/p: 012-2897359

COD : Putrajaya

2 comments:

alKhattab Batik - Classic Elegant Unique said...

Terima kasih atas perkongsian kak.. :D bagus sekali..

ibuhebat said...

You're welcome! Sharing is caring ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...