Followers

Wednesday, November 16, 2011

Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Susu Ibu


“Kenapa bila saya lewat pam, susu yang keluar cair je?”

Mungkin persoalan di atas pernah terlintas di fikiran ibu-ibu menyusu. Saya sendiri pernah mengalaminya. Satu hari tu, saya keluar ‘dating’ dengan bff yang hanya berkesempatan jumpa setahun sekali (if lucky!)… Dari pukul 10 pagi, dok kat kedai makan bersembang sampai tak ingat dunia.. sampaikan nak mengepam pun ditunda-tunda.. akhirnya pukul 3 petang baru ‘berkesempatan’ nak mengepam. Itupun sebab nak solat Zohor (lambatnya.. hehe). Then masa mengepam tu sorang bff tegur, ‘Cairnya susu ko..’ Saya pun pelik. Biasanya tak lah cair macam ni. Bila dibuat research, ada sebab kenapa susu tu lebih cair dari kebiasaan.

Menurut website Kelly.com, Susu ibu terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu yang diperolehi di awal penyusuan (biasanya kurang kandungan lemak) manakala hindmilk adalah susu di penghujung penyusuan (lebih berlemak). Faktor utama yang menyumbang kepada kandungan lemak dalam susu ibu adalah kekerapan ibu menyusu, selain pemakanan ibu dan breast compression.

Kalau nak tahu, lebih kerap susu dikeluarkan dari ibu, lebih tinggi kandungan lemak susu tersebut. “the less milk in the breast, the higher the fat content”. Ingat equation di bawah ni... Full breast is a big NO. Red alert! haha.. Meh saya story sikit kisah di sebalik fakta ini..



Hakikatnya, hanya satu jenis susu sahaja sebenarnya yang dihasilkan oleh si ibu, iaitu susu hindmilk. Semasa susu dihasilkan, butiran lemak (fat globules) dalam susu akan melekat pada dinding alveoli (di mana susu dihasilkan). Di antara tempoh penyusuan, susu ibu akan terkumpul dan mengalir keluar meninggalkan lemak tadi di milk ducts. Semakin lama kita menjarakkan waktu menyusu /mengepam, semakin rendah kandungan lemak dalam foremilk. Apabila let-down-reflex (LDR) berlaku, aliran susu lebih laju melalui ducts sehingga disalurkan keluar.
Apabila breast mula mengosong (ada ke perkataan ni??), butiran lemak (fat globules) tadi akan mula mengalir melalui ducts (dengan bantuan LDR). Sebab itu bila berlaku LDR, semakin cepat susu hindmilk dikeluarkan. Dan semakin lama proses penyusuan berlaku, semakin banyak hindmilk dapat dikeluarkan.

Hebatkan kejadian Allah... Subhanallah.. 


Padanlah susu saya cair masa tu.. Biasanya pukul 11 dah pam, ini pukul 3 baru nak pam.. Foremilk dah terkumpul banyak...


Dan sebab itulah, ibu kena kerap kosongkan breasts kerana kalau tidak, signal 'red light' (macam kat gambar atas tu) akan dihantar kepada otak supaya jangan hasilkan susu lagi kerana susu dah penuh..susu tak diperlukan lagi.. Lama-kelamaan susu pun kering...


Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat mengurai serba sedikit persoalan ibu-ibu di luar sana. So, patuhi jadual mengepam anda sebaik mungkin ya! Dan jangan lupa ambil suplemen tu! Jangan ngelat... hehe

Sumber

Entri ini ditulis untuk tatapan ibu yang menyusukan anak serta bakal-bakal ibu yang bakal memperjuangkan penyusuan susuibu. Semoga entri ini memberi manfaat buat anda yang membaca. Saya harap entri saya ini berjaya memenangi Hadiah Khas dari blog www.anakkuwiraku.com yang menaja Contest Ceria Dunia Susuibu.

Aini Hayati Luey
ID Shaklee : 852412
emel : ainihayati[at]gmail.com
h/p: 012-2897359
COD : Putrajaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...