Followers

Tuesday, November 22, 2011

Breastfeeding Info: Bayi Bawah 6 Bulan Tak Perlu Air Tambahan


Assalamualaikum!

Sempena menantikan kelahiran anak saudara baru saya yang menunggu masa sahaja, saya ingin kongsikan sedikit info tentang penyusuan susu ibu. Tentang pemberian air masak kepada bayi kecil (bawah 6 bulan).

Pengalaman dengan anak pertama, saya sendiri kurang jelas tentang maksud sebenar 'exclusive breastfeeding' pada waktu itu. Saya tak tahu pun baby bawah 6 bulan tak perlu diberikan air masak. Saya sangkakan asalkan tak diberi formula, dikira sebagai 'eksklusif'. Sangkaan saya meleset sama sekali. 

Berdasarkan polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan takrifan yang diberikan oleh WHO, dapat disimpulkan bahawa
penyusuan ibu secara eksklusif itu adalah bayi diberi SUSU IBU SAHAJA
  • tanpa  minuman/makanan lain (air masak, susu formula, jus, teh, kopi dll)
  • Berapa lamakah penyusuan eksklusif diperlukan?
  • selama 6 bulan
  • Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/ jus) di samping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (fully breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.

    Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistik rasmi dikeluarkan).
    Senarionya ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.


    Sumber:momschoice

    Sebenar-benarnya, pemberian air masak (atau air tambahan lain termasuk glukosa, jus, air teh, kopi, erk..) boleh memberi mudarat kepada bayi! Ini kerana...

    1. Pemberian air masak (atau air-air lain) meningkatkan risiko jangkitan penyakit kerana air akan bertindak menghakis salutan bahan pelindung penyakit (immunoglobulin A, IgA) yang diperolehi daripada susu ibu yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
    2. Pemberian air lain akan meningkatkan kebarangkalian kegagalan penyusuan ibu secara eksklusif kerana apabila bayi telah kenyang dengan minuman lain, bayi akan kurang menyusu daripada ibu dan mengurangkan rangsangan dan seteruskan mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
    3. Pemberian air lain juga boleh meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi kerana bayi akan kurang minum susu ibu, oleh itu bayi akan kurang mendapat nutrien daripada susu ibu.
    4. Pemberian air kosong akan meningkatkan risiko “keracunan air”  atau water intoxication terutama kepada bayi yang berumur kurang daripada 5 minggu kerana air yang terlalu banyak akan mencairkan kandungan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, bayi mengalami kembung perut dan juga boleh mengakibatkan sawan tarik.

    Kandungan air di dalam susu ibu adalah sekitar 80-90% sudah mencukupi untuk bayi, sesuai dengan usianya. Jadi bayi yang menyusu secara eksklusif selama 6 bulan tidak memerlukan air tambahan kerana susu ibu sudah memenuhi semua keperluannya untuk air, zat makanan, dan kasih sayang.

    Sumber: momschoice

    Info tentang penyusuan kini berada di hujung jari kita sahaja. Pastikan ibu-ibu penuhkan ilmu di dada supaya kita lebih bersedia apabila tiba waktunya nanti. InsyaAllah, dengan ilmu, kita lebih yakin menghadapi segala cabaran dan dugaan yang bukan sedikit dalam menjayakan penyusuan susu ibu.


    Entry ini ditulis untuk tatapan ibu yang menyusukan anak serta bakal-bakal ibu yang bakal memperjuangkan penyusuan susuibu. Semoga entry ini memberi manfaat buat anda yang membaca. Saya harap entry saya ini berjaya memenangi Hadiah Khas dari blog www.anakkuwiraku.com yang menaja Contest Cerita Dunia Susuibu.

    Aini Hayati Luey
    ID Shaklee : 852412
    emel : ainihayati[at]gmail.com
    h/p: 012-2897359
    COD : Putrajaya

    2 comments:

    ajumohit said...

    Owh mkn kt umbai gk ke? Masa tu Ada reunion kan? Mmg ramai sgt
    Nmpk happening gitu, mmg ye la kan, agaknya Kita duduk berdekatan je hihihi

    ibuhebat said...

    Ramai gak org... rasanya macam Dira Abu Zahar dok sebelah meja. hehehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...