Followers

Thursday, September 22, 2011

Jika bukan rezeki...

Assalamualaikum!


Pagi tadi saya memenuhi undangan Jamuan Hari Raya di ofis lama. Dan dikejutkan dengan berita dua ex-ofismet saya kehilangan anak yang dikandung. Sebagai ibu, hati mana yang tak sayu dan tersentuh mendengar berita sedih macam tu. Sorang dah naik kerja...beliau kehilangan anak yang 4 bulan dalam kandungan. Katanya tiba-tiba je rasa contraction, air ketuban pecah seperti kita nak bersalin tu... Yang seorang lagi masih bercuti... dah mengandung 7 bulan, sepatutnya bersalin dalam bulan November ni. Tiba-tiba doktor tak dapat detect denyutan jantung si kecil.

Ya Allah, Engkau kuatkanlah semangat kawan-kawan ku ini menghadapi dugaanMu ini ya Allah. Berilah mereka kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Saya doakan kawan-kawan cepat sembuh dan dikurniakan rezeki lagi dalam masa terdekat, jika itu yang terbaik untuk kawan-kawan... Moga dapat baby yang comel macam ni...


Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...