Followers

Tuesday, September 20, 2011

Ingin kurus dengan Shaklee?

Assalamualaikum!

Sana-sini terdengar keluhan kerana punah diet, gara-gara open house sana-sini. Selagi belum abis bulan Syawal, selagi tu lah ada jemputan open house. Semua amik kesempatan untuk merapatkan silaturrahim. Bulan lain tak tentu lagi boleh jumpa-jumpa dan makan-makan. Dalam bulan Syawal ni, pantang jumpa hujung minggu, sekurang-kurangnya pasti at least ada satu jemputan open house. Betul tak? Baru-baru ni ex-boss saya datang beraya ke rumah, dan dia kata rumah saya adalah rumah yang ke-8 untuk hari tu. Gagah betul dia. Tapi saya memang respek dia, sebab saya tengok tak pernah lagi dia tolak sebarang jemputan... Jauh atau dekat, pasti dia cuba datang. Eh.. melalut sudah...

Ok, back to the topic.. Dengan shaklee, anda tak perlu terlalu risau bila terasa diri dah semakin berat akibat rendang, lontong, nasi dagang dan sate-sate yang terasa sayang kalau tak makan. huhu... Dengan Shaklee, anda boleh buang semua lemak-lemak yang tak perlu tu dan berasa lebih selesa dengan badan anda. Saya pernah kongsikan kebaikan dan kehebatan Shaklee Lecithin di sini. Tapi dalam entri ini saya nak kongsikan satu testimoni best pasal Shaklee Lecithin ni...

Kredit : Yoursupermom

Masa mengandungkan Hadif, anak ketiga..berat aku naik daripada 67 kg ke 80 kg. Masalah aku adalah sentiasa berselera makan dan tak pernak mabuk yang teruk - teruk .. Masalah ker tu? Alhamdulillah ... rezeki Allah bagi. Sekurang-kurangnya adalah juga kudrat nak mengadap suami & anak dara ngan teruna kat umah tu.

Lepas bersalin, anak aku kena jaundis pada hari ke2. Jadi tak dapatlah aku makan sebarang jamu atau herba. Masuk bulan kedua baru cuba2 nak makan jamu. Tu pun selang-selang jer. Sepanjang sebulan yang pertama..aku cuma makan Optimum Set Shaklee jer. Alhamdulillah .. badan rasa segar dah bolehlah aku menguruskan rumah seadanya. Lepas sebulan berat aku pun kembali ke 67 kg. Inilah hikmah menyusukan anak. Bab pantang makan memang aku jaga. Benda-benda sejuk & berangin memang tak dijamah. Lebih lebih lagi Hadif ada masalah umbilical hernia. Sebaik mungkin aku akan elakkan dia kembung sebab takut effect kat pusat dia. TAPI ... benda yang aku boleh makan macam nasi etc memang dibalun cukup2. Susu pun cukup malah terlebih2 sampaikan freezer tak muat. Masa ni, benda yang paling aku takut adalah BENGKAK SUSU. Tak sanggup rasanya menanggung bengkak susu.

Masuk bulan kedua, berat badan aku dah statik. Tak ada penurunan .. Masa ni lah aku mula study lagi pasal produk Shaklee. Maka, berjumpalah aku dengan LECITHIN. Lega ... lecitihin boleh mengurangkan risiko clog duct dan mengemulsifierkan lemak. Ada harapan berat turun lagi ni! Hehehe ... impian demi impian ... Tapi, dalam hati tak lah mengharap sangat sebab clog duct tu lah sebenarnya yang menghantui aku. Alhamdulillah, berat aku turun lagi dalam masa sebulan, 65 kg ... Kalori dibakar tanpa senaman atau control makan .. hanya breastfeed + buat kerja rumah jer.

Lepas cuti 3 bulan, masuk kerja semula dan aku masih 'setia' dengan lecithin. Tapi berat badan ni on off pulak .. turun naik 65-67 kg. Aku pun on off makan lecitihn .. kurang istiqamah. Membazir beli mahal-mahal tapi tak serius amalkan! Aku start disiplin balik & selepas 4 bulan berat aku turun ke 58kg. Sepanjang 9 tahun kahwin .. tak pernah lagi aku merasa berat di angka 50-an. Rasa genbira sangat bila ramai yang perasan perubahan ni. Baru susut yer!Bukan kurus lagi! Hahaha

Penurunan hampir 10 kg dalam masa 4 bulan

Syukur...alhamdulillah..

Makan Lecithin Boleh Kurus? Nak tahu jawapan saya?


YER!!!MEMANG BOLEH KURUS!!!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...