Followers

Thursday, September 29, 2011

Apa yang saya dan keluarga saya amalkan?

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar dah hari Khamis, dan penghujung bulan September pun semakin dekat.. Bagi yang belum merebut peluang Offer Blog Hebatkan... cepat-cepat emel / sms saya...

Hari ni saya just nak celoteh je lah... Saya nak kongsikan serba sikit apa produk Shaklee yang saya dan family saya ambil, untuk apa kami ambil dan jadual pengambilannya...

Saya
Saya ambil rangkaian vitamin yang disarankan untuk ibu menyusu, iaitu:

Vitamin C - untuk tingkatkan sistem imuniti badan (saya ada resdung), sebagai antioksida, kulit remaja, untuk protect baby saya dari serangan penyakit seperti selsema dsb..
B kompleks - 'B' for beauty, untuk tenaga, untuk de-stress..
Vitalea - untuk pelbagai zat dan garam mineral yang diperlukan oleh badan yang sihat, untuk zat besi supaya oksigen dapat disalurkan dengan baik ke seluruh badan
Alfalfa - untuk milk booster, kesihatan wanita.

Selain itu, saya juga minum ESP, vitamin E dan Ostematrix.

ESP - sebagai double milk booster, untuk kulit yang halus, untuk kulit anak yang halus, untuk tenaga jugak
Vitamin E - untuk kulit yang cantik dan berseri-seri, untuk keintiman ;)
Lecithin - untuk meningkatkan keupayaan minda saya (semakin pelupa kebelakangan ni), untuk kempiskan perut
Ostematrix - untuk keperluan kalsium (Ibu menyusu memerlukan paling banyak kalsium berbanding ibu tak menyusu mahupun ibu mengandung), untuk hilangkan pecah2 tumit kaki saya, untuk dapatkan tidur yang berkualiti - bangun pagi rasa segar dan bertenaga!

Macam banyak je vitamin yang saya kena telan ek? Actually tak terasa banyak pun.. Lagi-lagi kalau kita sendiri dah rasa keberkesanannya. Mungkin ada yang nak tau bila masa saya ambil vitamin-vitamin ni? Telan semua sekaligus ke lepas breakfast?? Errkkk.. idak ler... Bila ambil suplemen, sebaik-baiknya kita bahagi-bahagikan supaya kepekatan darah tak terlalu tinggi dalam satu-satu masa... Dan kita boleh selaraskan dengan pengambilan air supaya zat-zat dari vitamin tu dapat disalurkan ke dalam badan dengan baik..Dan ada vitamin yang tak perlu pun ambil setiap hari. Contohnya macam vit. E sebab ia vitamin larut lemak di mana disimpan lebih lama dalam badan berbanding vitamin larut air seperti b complex dan vitamin C.

Jadual saya macam ni..

Bangun pagi - terus buka peti, amik fresh milk, bancuh 1-2 sudu besar ESP, goncang2 jadikan macam shake dan minum... ahhhh.. segar... perut kosong dah berisi dengan protein yang baik untuk pembinaan sel-sel yang sihat.. ;)

Lepas breakfast / lunch / dinner - ikut bila dan or bila ingat, saya ambil Vitalea, B kompleks dan Vitamin C. Kadang-kadang saya tak bawak vitamin ke opis... jadinya saya ambil lepas dinner.. Kadang saya makan kat opis.. Tak kisah bila kita nak ambil sebenarnya, yang penting kena ambil selepas makan. Jangan ambil sebelum makan ya!

Supper - bancuh lagi ESP + fresh milk = yummy shake !

Sebelum tidur - telan vitamin E sebiji dan ostematrix 2-4 biji.
Saya sedang mencabar diri saya untuk konsisten vitamin E selama sebulan ni. Sebab apa, saya ambil vitamin E untuk kecantikan kulit. Saya rasa kulit saya ni jenis kering sikit...lagi-lagi umur pun dah 30an, kenalah lebihkan sikit penjagaan kulit tu kalo taknak tua sebelum waktunya ;p

Suami
Suami saya pun saya 'paksa' makan Shaklee tau.. Tapi tau-tau la orang lelaki.. diorang ni memang payah sikit bab2 nak telan vitamin. Unless kita sediakan dan make sure dia telan vitamin-vitamin tu. Heheh..(Faeq selalu tolong saya bagi vitamin2 kpd ayahnya :) ) Yelah, takkan kita je nak sihat. Suami pun kena sihat. Dialah tempat kita bergantung.. Kalau suami sakit, sapa yang susah? Sob sob...

Apa yang saya bagi husband saya? Yang basic tu tetap bagi.. Vitamin C, B kompleks dan Vitalea. Selain tu, saya bagi jugak Lecithin, Vitamin E dan ostematrix.. Eh, macam sama je apa yg saya makan ek? Hehe.. itulah bagusnya, boleh share-share.. Tapi saya bagi husband saya vitamin E bukan utk kulit dia (bukan priority lah) tapi untuk jantung dia. Husband saya ni kuat makan kambing dan makanan berminyak/berlemak. Lagi2 beberapa tahun lepas buat check-up, bacaan kolestrol dia agak tinggi. Jadi, untuk mengatasi masalah kolestrol dia, saya bagi dia Lecithin + Vitamin E. Ostematrix tu sebab lately dia kata bangun pagi asyik sakit pinggang. So, maybe kurang kalsium ;)

Anak-anak
Anak-anak saya just bagi chewable vitamin C dan mealshake. Mealshake ni ala2 multivitamin jugak. Saya campurkan 1 sudu kecik dalam susu diorang sehari sekali...

Walaupun kekadang ada jugak masa-masa terlepas makan Shaklee, tapi sekurang-kurangnya bukanlah tak makan langsung. Suplemen ni umpama tali pinggang keledar. Accident boleh berlaku bila-bila masa. Tapi sekurang-kurangnya, dengan pemakaian tali pinggang keledar, kita dapat melindungi diri kita daripada kesan eksiden yang lebih teruk. Kita berusaha, tetapi Allah juga yang berkuasa ke atas apa yang berlaku...

Samalah dengan suplemen. Malang tak berbau, tetapi sekurang-kurangnya dengan pengambilan suplemen, kita dapatkan 'kurangkan' risiko penyakit-penyakit kronik. Kalau kita boleh bayar insurans nyawa dan sebagainya yang tidak kurang mahalnya setiap bulan... Apalah sangat nilai wang ringgit untuk kesihatan kita dalam jangka masa panjang. Kerana "PREVENTION IS BETTER THAN CURE"!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...