Followers

Friday, August 26, 2011

Raya dah dekat... Jom balik kampung!

Assalamualaikum!

Kitorang kalau nak balik kampung belah husband, dah macam nak pindah rumah gayanya! Padahal nak balik 3 hari dua malam je.. Hmm.. Mana taknya, baju budak-budak mana boleh bawak 2-3 helai! Mesti kena kasi spare 1-2 helai... Belum masuk bab botol susu, susu formula along n abg ngah.. Pampers lagik..Nasib la bawak waja.. banyak la jugak space dalam bonet tu nak dipenuhkan. Kalau MPV biasa-biasa.. mana nak sumbat banyak2 tu? Baju/barang budak-budak biasanya saya angkut dengan box2nya sekali. Amik.. Tapi nampak gayanya, semalam cubaan kurang berjaya... Banyak lagi baju yang tak muat nak diisi ke dalam box tu.. huhu.. Nanti bawak dua-tiga beg ayahnya bising pulak.

InsyaAllah lewat malam ni atau awal pepagi buta esok kitorang akan berangkat ke kampung halaman. Perjalanan di luar musim perayaan biasanya mengambil masa 7-8 jam. Moga-moga kami tak terjebak la dalam kesesakan lalu-lintas yang intolerable! Harap husbandku dapat drive dengan selamat.. Nak harapkan saya meneman.. huhu.. ampuunn...Memang jenis masuk keter je terus sangap (nguap)..huhu...

Okaylah, takmo celoteh panjang. Nampaknya ini entri terakhir saya sebelum pulang ke kampung halaman.. Semoga semua yang pulang beraya di kampung, kembali dengan selamat... Ingat, raya.. raya juga... Kesihatan kena jaga.. Makan suplemen tu.. Jangan dok perap je dalam botol dia. hehe.. Masa sihat ni la nak jaga kesihatan. Dah sakit nanti susah..

Last but not least...

Selamat Hari Raya.. 
Maaf Zahir dan batin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...