Followers

Tuesday, August 16, 2011

Diari Ramadhanku

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar, kita dah melangkaui separuh Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur olehNya, diberi peluang untuk menikmati dan menghayati hari-hari terakhir Ramadhan.

Bagi saya pula, Alhamdulillah.. Setakat ni masih berpuasa penuh. Cuma ada satu hari tu, terlepas sahur... Aduhai... Rasa tak larat sangat-sangat .. Dah lama tak rasa macam tu bila puasa. Seingat saya, time budak-budak dulu ada la rasa gitu. Badan panas-panas.. nak melangkah pun, kaki terasa beraaattt sangat. Nak angkat tangan pun tak larat. huhu.. Kebetulan pulak malam sebelum tu saya tak jamah langsung ESP atau PD! Tapi, berkat sokongan suami, akhirnya lengkap juga puasa saya hari tu. :D

Kalau nak tau, setiap hari.. Bangun sahur saya akan bancuh susu fresh sejuk + mealshake (1 sb) + ESP (1sb) dan shake-shake... Dengan perut kosong, saya minum abis satu bekas air (250ml)...yum yumm...

Pastu, baru makan nasi, dll... Kemudian makan 1-3 biji buah tamar. Then minum Performance pula.. Performance saya bancuh dengan sedikit jus oren atau apa2 jus la.. just nak bagi dia rasa manis-manis buah gitu.. Tadi first time hubby pun minum performance. Saya campurkan dengan jus oren. Ada lah 500ml dia minum.. Harap dia dapat maintain bertenaga hari ni. Sebab nak drive jauh, ke kelantan nun..

Oh ya, selain tu saya juga akan amik vitamin C dan minum 2-3 gelas air masak lagi... Si kecik tu tak berapa sihat pulak kebelakangan ni.. selsema, batuk.. ni dari semalam badan start panas pulak. huhu.. So, kenalah ibu tambahkan imuniti melalui susu ibu ni...

Untuk berbuka pula, biasanya saya minum ESP+Mealshake mcm masa sahur tu, selepas makan... maksudnya lepas solat magrib semua lah... Biasalah, time buka tu macam2 nak makan. Nafsu.. nafsu. huhu... Pastu, bila haus je, saya akan bancuh Performance dengan air kosong sejuk.. atau dengan jus buah (kalo ada). Asal haus je, minum Performance. bancuh dalam 1 sb jer...

Dan last but not least, sebelum tidur.. (kalau tak TERtidur), saya akan minum shake saya tu lagi... Vitamin-vitamin lain biasanya saya telan in between waktu berbuka dan tidur. Tu pun kalau ingat. haha... teruk betul. Tapi, so far alhamdulillah, production susu saya masih maintain bula posa ni. walaupun tak lah semeriah mana. Sebab sebelum posa lagi pun memang tak berapa meriah. Diri sendiri yang malas buat power-pumping etc. huhu..

Ok lah, puasa kawan-kawan macam mana pulak ya? Kalau sesiapa teringin dan terasa nak beli Shaklee, bolehlah contact saya melalui emel ainihayati[at]gmail.com ataupun sms henpon saya 012-289 7359. Ada promo vitamin c dengan harga yang menarik serta peraduan anjuran Euphoria dengan pembelian mana-mana trial pack, hadiah utama RM400.. woohoo.. sapa nak bagi duit raya banyak tu weiii... :D

Salam Ramadhan,

aini



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...