Followers

Monday, June 20, 2011

Jangan Cakap 'Jangan'!

Assalamualaikum!

Anda mesti biasa dengar pakar-pakar motivasi atau penceramah dalam parenting course memberitahu supaya mendidik anak-anak dengan pendekatan positif. Jangan gunakan perkataan NEGATIF dalam  mendidik anak. Sentiasa gunakan perkataan POSITIF sahaja bila bercakap dengan anak-anak, supaya anak pun jadi seorang yang positif.

Ever wonder setiap kali sebut perkataan 'JANGAN' pada anak kita, maka the exact thing yang kita kata jangan itulah yang berlaku. Contoh, ya..

"Jangan lari! Nanti JATUH!!" ...Bedebukk.. terus anak kita terjatuh.. tak abis sebut lagi.. huhu...

Pelik kan? ha.. kalau anda tahu sebab dan musababnya, tentu anda tak rasa pelik sangat...

Otak manusia tidak dapat memproses perkataan negatif seperti NO, JANGAN, TAK, DON'T, NEHIHE.. hehe... Tak percaya? Ok, kita buat test sikit eh..

Ikut arahan saya di bawah ni ya Tuan-tuan dan Puan-puan...

1. Cuba anda bayangkan buah DURIAN ...
 ..
ok, boleh bayangkan kan? Tak kisahlah sebiji durian ke, sebakul ke, selori pun ke.. janji buah durian...
..
..
..
....
....
...
..
..

2. JANGAN bayangkan buah RAMBUTAN...!!
..
..
...
....

Tu dok bayangkan buah rambutan kenapa tu?? orang kata jangan, jangan lah...
(^^)

Hahaha... sekarang nampak tak kenapa orang kata otak manusia TAK FAHAM perkataan NO, DONT', JANGAN, TIDAK, dan lain-lain?? Sebab itulah kadangkala bila kita sebut 'Minum air elok-elok, JANGAN bagi TUMPAH' ... Otak dah nampak AIR TUMPAH... Tu yang tak abis cakap lagi, air dah tumpah.. otomatik jer. huhu...

So, lepas ni.. Bila anak-anak tengah bermain, cuma pesankan..

"Main elok-elok ya Along..."


 Saya dapat ilmu ni dari radio IKIM fm, slot MAP :)

4 comments:

♥SyilaSyira♥ said...

huhu...mmg betul tu...sgt bersetuju...tergelak juga syila baca..sbb kena ngan batang idung..klo cakap kat anak..minum elok², nanti tumpah..trus air tu tumpah..hihi

ibuhebat said...

kihkih... kita pun dah terbiasa cakap macam tu.. nak ubah bukan senang kan .. :)

Nia said...

haha,..tips yang baik. jangan tu menguatkan org utk buat lagi je kekdg tu..

ibuhebat said...

Nia: itulah.. reverse psychology jugak kot.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...