Followers

Tuesday, June 28, 2011

It's Positive!

It's POSITIVE!! :)


Ooppsss!! Tapi itu bukan UPT saya ya. hehehe.. suspen betul! Hati ibu mana yang tak melonjak-lonjak kegembiraan bila tengok result UPT positif?? Lagi-lagi bila tak boleh tidur malam menantikan esok pagi untuk buat test tu. Bila dapat lena, sampai termimpi-mimpi buat test tu.. Bila terjaga, rupanya masih dalam mimpi.. Mimpi dalam mimpi (macam pengalaman sendiri jer?? kuikui...) Macam mana pun, saya sendiri sentiasa seronok bila ujian itu menandakan positif. Malah, tiap kali test dapat negatif, rasa sedih sangat (tak sedar baby belum umur setahun pun lagi) Keterujaan untuk mengandung memang tak dapat dinafikan lagi.. Naluri seorang ibu kot? :D 

Namun, buat masa ni biarlah saya berehat seketika.. (Yes, this time I'm serious! :p ) Harap-harap Fikry sempat menjejak umur 3 tahun sebelum saya pregnant lagi .. Saya tak kisah lagi, kesian kat bibik sebenarnya. haha..

Anyway, khas buat adik ipar saya yang tengah pregnant 4+ months.. Saya dedikasikan entri ni sebagai panduan pemakanan tambahan buat ibu-ibu mengandung .. Masa ni badan ibu sangat sensitif.. Maksudnya, kalau tak jaga makan, masa mengandung ni lah penyakit nak lekat.. Ada ibu yang kena kencing manis, kena darah tinggi dan macam-macam lagilah time pregnant.. Time tak pregnant sihat je.

Dan, jangan ingat waktu mengandung ni lah nak pulun segala macam makanan. Kena bersederhana! Saya masih ingat lagi waktu mengandungkan Alongnya.. Gi kursus kat hotel 5 bintang. Makan buffet sampai rambang mata dibuatnya. Semua nak rasa. Amik ko.. tambah sampai 2-3 kali round (err.. tak pregnant pun camtu gak ke??) Tapi just to say yang saya memang makan tak hengat dunia la masa anak pertama.. Sekali, baby pun beratnya sampai 3.7 kilo masa dilahirkan! ngeh ngeh..

Namun begitu, saya berjaya menjaga diet yang sihat dan seimbang waktu mengandungkan anak ke-2 (walaupun tahu pregnant bila kandungan masuk bulan ke-4!) dan berjaya melahirkan baby seberat 3.1kg. Satu kejayaan besar buat saya. Dan sekarang dia telah membesar dengan jayanya. Orang ingat dia kembar dengan along sebab nak sama besar. Eh! Meleret pasal pengalaman mengandung saya pulak dah.. Anyway, back kepada topik asal...

Saya kongsikan satu artikel yang diambil dari buletin Shaklee Today.
Credits : Cery


Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.


Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.


Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.


Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.


Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.


Jadi, apakah produk Shaklee yang sesuai diambil oleh ibu-ibu mengandung ? 


Protein (Energizing Soy Protien)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Multivitamin (Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Sekilas fakta tentang Shaklee Omega Guard ...

It is an Ultra-Pure, Pharmaceutical Grade Omega 3 supplement. Every single batch of Omega Guard is processed using SHAKLEE’s state-of-the-art, proprietary, low temperature, triple molecular distillation and purification process that concentrates natural beneficial omega 3 fatty acids and helps remove all possibile toxins and harmful contaminants. Omega Guard provides a full spectrum of seven natural omega 3 fatty acids — EPA, DHA , ALA and more.

Eating oily fish and seeds in pregnancy can boost children’s future brain power and social skills, research suggests... 

A study of 9,000 mothers and children in Avon, England suggested those who consumed less of the essential fatty acid Omega-3 had children with lower IQs. These children also had poorer motor skills and hand-to-eye co-ordination, research in the Economist said.

Kalsium (Ostematrix)
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagi yang mahu mencuba set kehamilan SHAKLEE, kami menyediakan Set Ibu Mengandung:
 
Trimester Pertama
  • Multivitamin (lengkap dgn iron)
  • B complex ( lengkap dgn asid folik)
  • Vitamin C 500mg sustain release
  • Ostematrix (120 caplets)
Trimester Kedua
  • Multivitamin (lengkap dgn iron)
  • complex (lengkap dgn asid folik)
  • Vitamin C 500mg sustain release
  • Ostematrix  (120 caplets)
  • OMEGA GUARD 
Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.

Hai... kalau boleh sediakan baju comel-comel, stroller canggih-canggih, breastpump mahal-mahal.. Takkan tak dapat nak invest sikit untuk kesihatan kita dan baby yang bakal lahir.. betul tak? ;)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

2 comments:

lupekanje said...

Puan suka anak ramai ye...Alhamdulillah...moga Allah memberkati dan memurahkan rezeki keluarga ini...

ibuhebat said...

Kak Chah... suka jugak.. tapi nak menjaganya bukan senang. hehe... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...