Followers

Friday, May 20, 2011

Setahun Sebulan - dapat diploma eh?

Assalamualaikum!



Umur Fikry genap setahun sebulan pada 11 Mei 2011. Bermakna, perjalanan penyusuanku telah mencapai 1 tahun 1 bulan tanpa susu formula. Alhamdulillah. Masih fully breastfeed. Kalau nak dibanding dengan Along dan Abang Ngah, Fikry lah juaranya (so far). 

Alongnya memang dari dalam pantang dah campur formula. Sudah tentu, kerana cetek ilmu.   Tapi, masih teruskan breastfeed sehingga along 1 tahun 6 bulan, tak silap. Itu pun sebab dah conceive. Memang susu kering terus!

Abang Ngah pulak, dapat bertahan sampai 8 bulan. Namun, syukur.. sekurang-kurangnya dapat exclusive awal 6 bulan pertama. Tapi, peliknya.. Faeq stop breastfeeding lagi awal dari along. Setahun 2 bulan, tak silap.. dah stop breastfeed.

Berharap sangat-sangat (perlu juga diiringi usaha dan doa!) yang Fikry akan dapat FULLY breastfeed sampai umur 2 tahun (at least!) Tapi, macam tak berapa nak yakin sebab stok dalam fridge pun ada 2 frozen milk sahaja! huhu.. 

Susu aku pun bukanlah meriah sangat. Stok pun paling banyak dapatlah kumpul dalam 30 bekas gitu kot. Tapi makin lama makin susut. Hingga ke saat ini, tinggallah 2 botol. huhu... Tapi, aku rasa stok yang banyak bukanlah juga penentu kejayaan penyusuan kita. Segalanya adalah dengan izin Allah jua. Kalau stok tinggi menggunung, kalau Allah tak izinkan.. tak jadi juga. Tapi, usaha tetap kena usaha. Selebihnya kita berserah pada Allah.

Macam aku ni, Allah masih kesian kot. Dia tahu stok susu tak banyak, Dia jadikan si Fikry tak kuat menyusu. Semenjak Fikry masuk 7-8 bulan (tak ingat) dia minum susu waktu aku bekerja memang tak banyak. Paling banyak pun, 3 botol x 5 oz. Pernah jugak aku balik, tengok dalam fridge masih berbaki 2 botol. Eh? tak minum susu ke anak aku ni? Bibik kata dia minum pagi je, puan. Lepas makan tak mau minum. Petang pun belum minum lagi. Jadi, selamatlah susuku untuk dibawa ke hari esok. Takde masalah sebab susu yg harini dibawa dari semalam. So, masih boleh re-use.

Kadang-kadang risau jugak. Kejam ke aku? Disebabkan nak kekalkan title 'Fully breastfeed', sanggup bagi anak minum susu sikit je. Kenyang ke dia? Cukup ke zat yang dia perolehi untuk membesar dengan sihat? Badan pun sedang-sedang aja. 

Tapi, bila difikir-fikir balik. Dia yang tak nak minum. Takkan nak paksa-paksa. Dia faham agaknya, ibu tak dapat sediakan lebih dari itu. Jadi tunggu ibu balik lah.. baru nenen puas-puas! memang pun.. kalau malam tu, rasanya sengah jam je, bangun nak nenen. Nak nenen pun tak semestinya dia lapar. Mungkin just nak bergayut. Takpelah, ibu tak kesah nak.. Lagi kerap rangsangan, lagi banyaklah susu ibu :)

Jadi ibu bekerjaya ni, ditambah dengan tanggungjawab lain.. Bukan perkara mudah. Nak menyusukan anak sepenuhnya pun bukan kerja mudah. Mampukan kita 'juggle' segalanya? Mampukah badan kita bertahan dengan stress yang dari pelbagai faktor tu? Kalau balik tak pengsan, anak-anak pulak jadi mangsa 'keletihan' kita. Pantang buat salah sikit, siaplah kita kerjakan. Anak-anak bila jumpa kita lepas balik kerja, cuma inginkan perhatian kita. Tapi kalau kita penat, stress, rasa nak pengsan... Boleh ke kita senyum-senyum lagi melayan kerenah anak? huhu... 

Tu, baru part melayan anak. Belum layan suami lagi. Bak kata lain, memang tak habislah tugas kita selagi belum menutup mata (at least untuk haritu lah.) 

Bila dah stress macam tu.. mau tak merundum susu? Time merundum tu mulalah gelabah google sana sini cara-cara banyakkan susu. (macam saya lah tu) 

Dalam banyak-banyak cara yang aku jumpa, aku paling tertarik dengan suplemen yang dapat tambah susu badan. Tak lain tak bukan, Shaklee Set B. Iyalah, sambil menyelam, minum air ye tak? Kita sibuk nak sediakan makanan penuh khasiat (susu ibu) untuk anak, lupa pulak nak fikirkan pasal diri sendiri. Kita pun kena jaga badan, kena jaga kesihatan, untuk kita jaga orang lain pulak. 

Dengan itu, Set B Shaklee ini memang khas untuk ibu-ibu menyusu kerana mengandungi vitamin asas yang diperlukan oleh ibu-ibu supaya sustained sihat. Untuk mengatasi stress (B complex), untuk tingkatkan antibodi (vita C) dan pada masa yang sama, untuk boost milk supply (alfalfa). Pada masa sama, dapat perbaiki kesihatan dalaman wanita (alfalfa lagi). Walau bagaimanapun, kita tak bolehlah bergantung pada suplemen itu semata-mata untuk boost milk supply kita. Sebab, sebagai ibu yang menyusu, kita kena faham konsep asas penyusuan. Supply vs demand. 

3 perkara asas yang perlu sentiasa diamalkan untuk memastikan kejayaan penyusuan dengan pengambilan vitamin Shaklee:

1. Pastikan pam/menyusu setiap 2-3 jam sekali. Pastikan breast dikosongkan sebetul-betulnya. Lebih elok lepas menyusu tu, pam lagi sebab kadang-kadang anak kita minum sikit je. Dah kenyang, tapi susu masih berbaki. Jadi, bila kita pam lagi lepas menyusu, signal dihantar kepada otak yang susu masih diperlukan lagi. Untuk long term ia adalah bagus kerana susu akan dihasilkan lebih banyak kerana ada 'demand'.

2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari. Perlu (wajib) sediakan indicator supaya kita sentiasa aware berapa banyak air yang kita dah minum. Jangan main agak-agak je. Sebab kebanyakan yang 'rasa' dah banyak minum air, sebenarnya minum kurang dari yang sepatutnya.. 

3. Zikir dan doa. Doa adalah senjata orang mukmin. Kenapa kita tak gunakan kelebihan yang ada? Allah juga sangat sayang kepada mereka yang sentiasa merayu dan meminta kepadaNya.

Saya doakan saya dan kawan-kawan yang berjuang menyusukan anak agar berjaya menyusukan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (reminder untuk diri sendiri juga)
anak-anak ibu sayang -Abg Ngah, Along & Fikry
Salam Sayang,
Ibu-yang-masih-fully-breastfeed-1-tahun-1-bulan ;)

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.
    
Jangan ketinggalan! Promosi Bulan Mei, Super Duper Grand Sale! dan pakej Triple M masih berjalan!!



4 comments:

Syahida said...

Syabas yati! mudah2an ada rezeki fikry untuk terus menyusu ibu..

ibuhebat said...

tq akak... amin, moga ada rezeki sampai 2 tahun..

NoEn said...

samala kita..diploma eh..hehe
samala alya kurang menyusu kat taska..if bekal 4botol amat jarang sangat lah habes..biasanya 3botol tu pun selalu jer xabes..pernah tu 1botol jer dia minum sepanjang dok taska tu..huhu
alhamdulillah dpt susukan si alya sampai ke saat ini..insyaallah dpt teruskan till 2yo

tahniah tuk akak and sy juga :)

ibuhebat said...

Noen,

Tahniah kat awak jugak :) moga2 anak kita dimurahkan rezeki. amin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...