Followers

Friday, February 25, 2011

Testimoni : Terlalu awal untuk menyerah kalah atau berputus asa...

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak share pengalaman daripada customer saya sendiri setelah mengambil suplemen Shaklee beberapa minggu lepas. Elena dapat detect tanda-tanda susu mula berkurangan selepas beberapa hari naik kerja (dapat cuti 3 bulan jaga baby, bestnyer!)


---------------------

Bismilahirrahmanirrahim…

Disini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua setelah saya menggunakan produk Shaklee setelah diperkenalkan oleh saudari ibuhebat. Sepertimana ibu-ibu yang lain, saya juga turut mengalami masalah kekurangan susu badan. Pengeluaran susu yang semakin kurang menyebabkan saya mencari jalan untuk menambahkan kembali susu badan sebelum terlambat. Tambahan pula, anak saya baru berusia 3 bulan.Terlalu awal bagi saya untuk terus menyerah dan berputus asa.

Syukur Alhamdulillah, atas berkat usaha dan ikthiar serta tawakal kepada Allah S.W.T melalui pengambilan Shaklee saya dapat mengembalikan tahap pengeluaran susu seperti sebelum ini. Walaupun pada minggu pertama penggunaan, saya dapati ia tidak begitu menampakkan kesan. Perrnah satu ketika, saya hanya dapat mengepam susu sebanyak 4 oz sahaja sehari. Saya cuba berfikiran positif untuk mengatasi perasaan putus asa dan sedih ketika itu. Jujur saya katakan, saya dapati ada perubahan dari segi kepekatan susu. Susu lebih pekat berbanding sebelum ini ia kelihatan cair. Suami saya turut menyatakan pendapat yang sama dan memberi sokongan padu supaya saya terus menggunakan produk ini disamping bersabar dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Berkat kesabaran, selepas seminggu tahap kuantiti susu badan saya bertambah dari 4 oz kepada 6 Oz untuk satu sesi perahan.

Keyakinan saya terhadap Shaklee bertambah apabila saya membaca komen yang positif dari beberapa pengguna . Bak kata pepatah “Sharing is Caring”. Melalui perkongsian pengalaman dan ilmu secara tidak langsung dapat membangkitkan semangat saya untuk terus berusaha memberikan susuan ibu.

Secara ikhlas, saya mengesyorkan pada kaum-kaum ibu di luar sana supaya menggunakan produk Shaklee ini. Ia amat bagus bukan sahaja untuk kesihatan diri malah memberi kesan kepada susu badan kita. Seperti kata pepatah “tak kenal, maka tak cinta”. malah menambahkan

Sekian, terima kasih.

---------------------

Alhamdulillah, moga baby Elena terus mendapat kebaikan susu ibu dari ibunya... 


Tapi, ingin diingatkan bahawa vitamin dalam set B sangat membantu badan ibu sustained bertenaga dan membantu mood ibu lebih ceria. Secara langsung membantu ibu lebih bersemangat menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang konsisten di pejabat. Alfalfa hanya membantu mempercepatkan penghasilan susuibu namun peningkatan kuantiti adalah bergantung kepada kekerapan menyusukan bayi dan sesi perahan yang tetap dan konsisten.


Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...