Followers

Sunday, February 20, 2011

Bukan Semua Snek Tidak Baik Untuk Kesihatan!

Salam,
Something good to share with parents out there.. enjoy reading... 

Bukan Semua Snek Tidak Baik Untuk Kesihatan!
Snek yang sihat penting dalam diet kanak-kanak.

Oleh Profesor Madya Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan
 

Ramai ibu bapa tidak menyedari pentingnya memberi snek kepada anak-anak antara waktu makan. Masyarakat kita terlalu menekankan pengambilan makanan utama pada waktu makan yang tetap hingga menyebabkan ada antara kita yang menganggap makanan snek tidak baik. Tetapi pada hakikatnya makanan snek adalah sebahagian penting daripada diet kanak-kanak yang sedang membesar, lebihlebih lagi snek yang sihat dan berkhasiat.

Makanan Snek Penting?

Meskipun snek dianggap sebagai makanan ringan yang dimakan antara waktu makan, ianya sebenarnya sebahagian penting daripada menu harian kanak-kanak. Mereka akan kehabisan tenaga beberapa jam selepas makan dan snek diperlukan untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bagaimanapun, bukan semua snek sama! Snek yang sihat dan berkhasiat membantu menambah tenaga dan dengan demikian, membolehkan kanak-kanak terus aktif dan memberikan prestasi terbaik.

Nutrien untuk Tambah Tenaga

sihat untuk anak bukanlah rumit atau susah. Rujuk piramid makanan sebagai panduan dan pastikan snek yang anda sediakan mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan dalam diet mereka untuk mengekal dan menambah tenaganya. Ini termasuk:
Serat - penting untuk mengekalkan kesihatan system penghadaman baik terutamanya kanak-kanak untuk mencegah sembelit.
Karbohidrat - sumber utama tenaga
Protein - membina otot dan tisu seperti organ badan

Vitamin dan mineral - bantu menguatkan sistem imun, menyokong pertumbuhan dan perkembangan.
Kombinasi semua nutrien ini membentuk snek yang sihat dan dapat membekalkan khasiat yang perlu untuk si manja anda terus cergas dan cerdas sepanjang hari.

Idea Snek Kreatif dan Menarik!

Snek yang sihat tidak semestinya hambar dan membosankan; terdapat banyak snek yang lazat.
Gunakan Kreativiti...
• Potong buah-buahan seperti pisang, epal dan oren dan hidangkan dengan krim rendah lemak atau tanpanya.
• Bakar roti kismis dan sapu sedikit jem atau marjerin
• Sediakan snek sedia dimakan seperti biskut bijirin atau biskut tawar yang diperkaya dengan vitamin dan mineral dan ditaburi buah-buahan.
• Bijirin bukan hanya untuk sarapan. Anda boleh hidangkan bijirin dengan susu dan buah-buahan cincang seperti strawberi dan pisang atau epal untuk snek.

Kalau diberi pilihan, sudah tentu kanakkanak lebih suka snek seperti pretzel, kerepek kentang dan biskut keju, atau gula-gula buah-buahan yang boleh dikunyah. Sungguhpun snek ini dikatakan sihat dan rendah lemak, kandungan gula dan garam biasanya tinggi. Petua berikut boleh membantu anda memastikan anakanak anda mengambil snek yang sihat:
Jangan simpan makanan ringan di rumah. Jangan simpan kerepek atau biskut manis. Belikan snek sihat seperti biskut berserat tinggi, biskut bijirin dan buah-buahan. Kanak-kanak yang berasa lapar terpaksa membuat pilihan antara yang diberikan.
Sajian mudah, cepat dimasak. Sajian ini memang perlu dimasak, tetapi ia sihat dan mudah disediakan! Anda boleh buat sandwic mini dengan inti telur/tuna/ keju, roti French toast (celup telur) atau jagung kukus (kurangkan marjerin dan jangan tambah garam).
Senangkan kerja, berkhasiat. Sesetengah snek sedia dimakan seperti popiah basah, tau fu fah atau pau kukus bukan sahaja lazat untuk si manja tetapi menyenangkan kerja anda!
Beri pilihan. Sentiasa sediakan pelbagai snek sihat yang untuk pilihan anak anda. Ini juga membolehkan mereka memupuk tabiat memilih snek yang sihat pada masa hadapan.

Jangan Larang Terus

Jangan larang sama sekali anak-anak mengambil snek manis. Sebaliknya, tetapkan had dan jadikannya sebagai ganjaran, tetapi bukan untuk diberikan setiap hari. Ketiadaan makanan ini dalam diet kanak-kanak akan membuat mereka lebih mengingininya. Pastikan snek tidak diberi terlalu hampir dengan waktu makan kerana ini akan menjejaskan selera makan mereka, diberi sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu makan dan jangan sama sekali menggantikan makanan utama dengan snek!
Pengetahuan tentang makanan mengandungi nutrien yang perlu untuk tumbesaran anak akan memudahkan anda merancang dan menyediakan snek yang sihat untuk mereka!


Credits: PositiveParenting

** Teringat pulak bila dapat surat daripada sekolah Along minta sediakan 'healthy snacks' untuk sambutan Maulidur Rasul sekolah dia. Siap ada notes kat bawah tu something like "Would appreciate it very much if parents would avoid junk food and carbonated drinks. Thank you" - sendiri terasa sebab masa birthday Along kat school dia, ada sediakan goodie bags yang diisi sweets and chocs. Untuk sambutan Maulidur Rasul ibu sediakan sandwich telur. ok la kan.. :)

*** Saya berikan Shaklee Mealshake sebagai supplements kepada anak-anak. Nantikan entry product infor Mealshake. :)

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms ke 012-2897359.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...