Followers

Friday, January 7, 2011

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee.

Namun sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.

1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.
-- setuju! Jadual pengepaman yang konsisten adalah sangat penting. Saya sendiri biasanya pukul 11 tu breast tak bengkak pun. Tapi bila pam, cepat je dapat let-down dan sejak amalkan Shaklee, boleh dapat 2x let-down!! best!

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.
-- Setuju! Saya sediakan indicator botol air 1.5L dan 2x 600ml. Memang kerap ke bilik air, dah la sejuk kat opis ni. heheh...

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.
-- Saya sentiasa berdoa selepas solat "Ya Allah, izinkanlah aku memenuhi sepenuhnya keperluan penyusuan Fikry sehingga dia berumur sekurang-kurangnya 2 tahun... Amin..."


Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi
USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.

kredit to Kak Norita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...