Followers

Saturday, January 8, 2011

Berakhirnya sebuah pencarian

Assalamualaikum wrt,

Saya nak sambung entry tentang penemuan yang menyelesaikan masalah susu merundum saya beberapa bulan dulu..

Bila susu mula berkurang, baru la terhegeh-hegeh nak bukak balik forum susuibu.com. Dulu memang rajin jengah forum tu. Gali punya gali, terjumpa la blog AnakkuWiraku. Saya tertarik sebab first time dapat tau ada supplement yang dapat menambah susu ibu. Saya fikir, lebih baik amik supplement. Selain untuk banyakkan susu, dapat juga perbaiki kesihatan badan. So tanpa berlengah, saya pun order Trial Pack Set B untuk ibu menyusu.

First time consume, bila pam susu nampak berbezaan pada warna susu. Kekuningan. Seminggu saya makan set B .. susu still tak nampak peningkatan. Minum air banyak dah rasa... Tapi saya tak konsisten dalam mengepam. Kat ofis tu kadang-kadang meeting la, dan macam-macam. Jadi saya tak stick pada jadual mengepam saya. Kejap pam pukul 10, jam kol 11 jap kol 2. petang kejap kol 4, kejap kol 5... Agaknya susu tu nak keluar pun tak pasti bila sepatutnya nak keluar. haha..

Bila tengok hasil mengepam tiada perubahan ketara, mula la down.. makan vitamin pun mula tak konsisten. Tapi bila stok ebm mula merosot, saya sedar kembali. Saya belum mahu mengalah! Saya nak pastikan anak ke-3 saya dapat penyusuan penuh dari saya hingga sekurang-kurangnya 2 tahun!

Jadi lepas tu saya order pula ESP. Memandangkan dah belanja banyak, saya paksa juga diri supaya memenuhi syarat-syarat untuk memastikan pengeluaran susu bertambah:

1. Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari - saya buat sukatan. 2 x 1.5L tupperware.

2. Konsisten dengan jadual mengepam - pam jam 11 pagi, 4 petang, 9 malam dan pam sambil nenen pada waktu malam. Saya tak kerap pam di ofis sebab saya takut tak dapat nak menepati jadual. Saya rasa better 2x sahaja, tapi ikut jadual. Lepas tu bila susu dah konsisten baru saya pam 3x di ofis - 11 am, 2.30 ptg, 5.30 ptg. Alhamdulillah, so far dapat ikut jadual ni. :)

3. Sentiasa berdoa dan berdoa...

Alhamdulillah, dalam masa seminggu dah nampak peningkatan. Masa susu down, saya cuma dapat 2-3 oz sahaja sekali pam. Alhamdulillah, dapat upkan sehingga 5-6 oz sekali pam. Lagi best, dapat 2x let-down semasa pam. Saya ni pam guna Avent Manual je. Kira on each breast boleh dpt 1x let-down la pada satu sesi pam.

Oh ya! Lagi satu perkara yang saya perasan, hasil mengambil vitamin Shaklee... Sakit-sakit pinggang yang saya alami selepas habis berpantang dah hilang! Mula-mula tak perasan. Tapi tak lama tu baru perasan.. eh.. dah takde sakit pinggang la sekarang. Alhamdulillah.. :)

Terima kasih Kak N sebab memperkenalkan Shaklee kepada saya!

1 comment:

ibu addin dan nasa said...

syukur pada ALLAH kerana menemukan kita dengan Shaklee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...