Followers

Thursday, January 27, 2011

AMARAN : Wabak demam dan batuk sedang melanda

Assalamualaikum semua...

Lama sangat rasanya tak berblog. Dua-tiga minggu ni memang tempoh yang mencabar buat diri saya. Mula-mula saya demam 2 hari. Tak lama lepas tu, anak sulong saya pulak demam. Nasib baik tak lama, malamnya dah baik. Tapi hari esoknya, yang no. 2 dan no. 3 pulak demam... Lama pulak tu, 2-3 hari. Dengan ayahnya sekali demam. Terpaksalah EL. Lepas tu saya pulak demam sekali lagi... Tapi kali ni demam tu payah betul nak pergi. Batuk daripada demam yang lepas pun tak baik lagi. Bila demam balik, saya terpaksa jugak ke pejabat sebab terlalu banyak kerja menanti di pejabat. Nanti user marah pulak. Sebab kena aircond, demam tak kebah-kebah selama seminggu. Saya ni jenis tak suka makan paracetamol /panadol. Pastu doktor bagi antibiotik pun saya tak makan sebab takut dropkan susu. Walaupun doktor kata selamat untuk breastfeeding mommy. Dah banyak sangat dengar cerita susu drop lepas makan antibiotik. huhu.. So, nak harapkan pengambilan supplement Shaklee yang tak consistent, ditambah pula kurang minum air masak?? Janganlah nak salahkan Shaklee kalau rasa macam tak berkesan je makan Shaklee. (Sendiri mau ingat ler. hehe..) Saya rasa seminggu saya demam haritu adalah hari-hari yang sungguh mencabar keimanan.. Takpelah, moga dosa-dosa saya terhapus dengan kesakitan yang saya alami tu. Amin... Jangan makin bertambah dosa sebab mengeluh dah lah. hehe..

Hah.. nak cerita pasal tajuk entry ni... Tadi terima satu emel daripada ofismate...Ini 'keratan' emel tersebut... Tentang gejala batuk dan demam yang makin berleluasa di Singapura. 

Friday, January 21, 2011
SINGAPURA ISTYIHAR BATUK, SAKIT TEKAK DAN DEMAM SEBAGAI EPIDEMIK: 20,000 PENDUDUK DAPATKAN RAWATAN SETAKAT INI

KENAIKAN mendadak pesakit mengalami batuk, sakit tekak dan demam di Singapura, telah memasuki tahap epidemik atau wabak.

Ini berikutan hampir 20,000 pesakit mendapatkan rawatan di Poliklinik negara itu sehingga kini dan kenaikan mendadak pesakit dikesan apabila angkanya mencecah 3,341 orang sepanjang minggu lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding 2,842 orang pada minggu sebelumnya. Di negara itu, jumlah pesakit yang didafttarkan melebihi 17,032 orang bagi satu-satu jenis penyakit akan dikatogerikan sebagai wabak.

Kini angka itu dijangka akan terus meningkat dan Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah perlu menangani wabak Acute Respiratory Infection (ACI) itu yang dikatakan datang menyerang rakyatnya secara tiba-tiba.-ST

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/singapura-istyihar-batuk-sakit-tekak.html

Di Malaysia ni takde pula dengar tentang gejala batuk, sakit tekak & demam ni ya.. Tapi saya rasa memang sedang berleluasa juga. Kerap dengar orang-orang keliling tak sihat. 

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, apa kata kita bina 'benteng' diri dengan pengambilan supplement SHAKLEE... Moga Allah pelihara diri kita dan dijauhkan dari sebarang penyakit.

Ingin mencuba vitamin SHAKLEE? Kami menyediakan Trial Pack SHAKLEE untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 per set dan free delivery. Sila emel saya di ainihayati@gmail.com atau sms kan ke 012-2897359.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...