Followers

Monday, December 13, 2010

Penyusuan susu ibu - dulu dan sekarang

Assalamualaikum wrt,

Rasanya semakin ramai ibu-ibu yang sedar akan kebaikan susu ibu. Contohnya di pejabat saya sendiri boleh nampak perbezaan yang agak ketara bilangan ibu-ibu yang mengepam susu semenjak dua menjak ni, berbanding dengan 5 tahun yang lalu. Memandangkan majoriti staf di pejabat saya adalah wanita, jadinya macam saling bersambut batton pulak bila bab mendapat bayi baru... Rasanya tak pernah lagi pada sesuatu masa tu, tiada ibu yang sedang mengandung. Murah rezeki betul lah. hehe..

Tapi tu lah.. yang bezanya.. dulu tak pernah pula nampak sesiapa mengepam pada waktu pejabat. Mungkin ada, tapi tidak seramai sekarang. Kalau hari ini, di unit saya sahaja ada 3 ibu yang mengepam susu. Alhamdulillah... pada masa yang sama, boleh bertukar-tukar pendapat, cerita dengan ibu-ibu lain. Walaupun saya sendiri tidaklah mengepam di surau di mana kebanyakan ibu lain melaksanakan misi itu. Tapi sesekali terserempak semasa yang lain tu sedang memerah, dapatlah bertanya amaun perahan hari tu ke... baby dah minum berapa auns sekarang, makan/minum apa untuk banyakkan production... kan best tu :)

Kalau dulu jarang nak dengar brand breastpump macam Avent, Medela, Spectra. Kalau ada pun, pureen, tollyjoy dan yang seangkatan dengannya. Dengar harga breastpump sampai dua - tiga ratus, melopong. Mahalnya! Tapi sekarang orang sanggup keluarkan duit sampai ribu-ribu untuk dapatkan breastpump yang berkualiti.

Dulu mana pernah dengar 'nursing ponco', 'nursing cover'.... sehinggalah 'nursing baju kurung' :) semakin tinggi kesedaran tentang penyusuan susu ibu, semakin kreatif minda mereka yang business-minded ni. hehe.. Saya ada jugak terima hadiah 'nursing ponco' tapi cuba sekali tu, anak saya ngamuk-ngamuk dok dalam tu. Panas agaknya, dan tak biasa. Jadi simpan aje lah... Cover pakai tudung pun cukup :)

Kesimpulannya, tiada lagi alasan buat ibu-ibu untuk tidak menyusu bayi secara sepenuhnya. Kerana pada zaman IT ini, segalanya di hujung jari anda. Keazaman semata-mata tidak mencukupi. Ilmu perlu digali sedalamnya dan bersedialah dari seawal kandungan 3 minggu untuk memastikan bayi kita mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya dari kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Moga Allah permudahkan laluan kita memberi yang terbaik untuk anak-anak. Amin.


Dua budak yang masih fully breastfeed setakat hari ini :)

Jumpa di next entry!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...