Followers

Thursday, December 23, 2010

Pengalaman Menyusu Anak Ketiga

Salam,

Lama jugak tak bersiaran. Maklumlah, cuti agak panjang. Balik kampung, jauh pulak tu...

Kali ni saya nak share pengalaman menyusukan anak saya yang terkini, iaitu yang ke-3.
Alhamdulillah, pengalaman menyusukan anak pertama dan kedua membuatkan saya lebih bersedia. Pengalaman anak pertama dan kedua tu saya kongsikan lain kali la ye. Setiap anak, berbeza pengalamannya :)

Selepas melahirkan, saya terus susukan anak saya semasa dalam labor room lagi. Macam abang-abangnya juga, anak saya ni takde masalah pelekapan dsb. Tapi dia ni macam abang atas dia, kuat tidur. Minum sekejap, tidurnya sampai 3-4 jam. Terpaksa kejut untuk bagi susu. Seperti juga dengan kelahiran sebelum-sebelum, susu saya betul-betul ada dalam tempoh 3-4 hari selepas melahirkan. Namun, macam saya kata tadi, disebabkan dah ada pengalaman selain hasil pembacaan, saya tak panik. Saya yakin yang kolustrom tetap ada dan bayi yang baru lahir perutnya tersangat kecil. Tak perlu diisi dengan susu sehingga 1-2 oz. Saya sangat yakin yang kolustrom saya cukup untuk mengenyangkan perutnya. Lagi-lagi dia pun asyik tidur je. Kira ok la tu kan.

Tapi masuk hari ke-3, susu saya masih lagi tak banyak-banyak. Anak saya dah mula menampakkan kelaparannya dengan lebih kerap menyusu. Lepas menyusu pula, kadang-kadang ngamuk macam tak puas minum. Tapi saya tetap berkeras tak nak campur susu formula. Neneknya dah propose tambah dengan formula. Sebab kesiankan baby, saya suapkan juga air masak alam 1-2 titis. Sekadar untuk hilangkan dahaga. Alhamdulillah, selepas berusaha dengan makan oat, urut kat belikat, minum banyak air masak dan kerapkan penyusuan, susu pun mula 'comes in' pada hari ke-4. Kemudian anak saya warded pula sebab kena jaundice dan demam. Part tu saya tak elaborate panjang lah...

Proses penyusuan sepanjang berpantang pun dilalui dengan tenang. Sepanjang berpantang saya amalkan petua yang biasa-biasa macam makan oat, minum susu, minum air masak banyak (sikit-sikit tapi kerap - untuk elak perut buncit). Lebih kurang genap umur baby sebulan, saya mula membuat stok ebm. Habis cuti bersalin dapatlah dalam 30 pek. Saya masih boleh bertenang, sebab berdasarkan pengalaman anak kedua, susu akan terus bertambah lepas naik kerja 2-3 bulan...

Namun, tidak seperti yang disangkan, susu saya tidak menampakkan 'kenaikan produksi' dalam tempoh yang diharapkan. Saya mula panik bila saya terpaksa ambil stok ebm 1 pek sehari untuk keperluan seharian anak saya. Oh tidak! Kenapa susu saya tak sebanyak masa anak kedua dulu? Kalau pam, dapat dalam 4 oz sahaja. Di pejabat saya pam 2x sahaja iaitu jam 10 pagi dan 4 petang. Di rumah saya pam 2x (waktu pagi sebelum pergi kerja dan sekali waktu malam.) Sedangkan bila anak saya masuk 5 bulan, dia minum 5 x 4oz! Kalau anak kedua dulu, masa mula naik kerja dapatlah 4 oz, tapi sebulan dua lepas tu hasil pemerahan boleh mencapai hingga 7-8 oz sekari pam. Seronok sangat.

Saya cuba macam-macam cara untuk tambahkan hasil. Tambah sesi mengepam, pam sambil menyusu, minum oat.. Tapi masih tidak mendapat hasil yang memberangsangkan. Sehinggalah satu hari tu ... jeng jeng jeng... Sambungannya di entry selepas ini ya.

Tungguuuu...!! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...