Followers

Friday, December 24, 2010

Bahan-bahan (gadgets) untuk Menyusu bagi ibu-ibu bekerja

Assalamualaikum, Saya ingat nak postpone dulu lah sambungan entry lepas. Bagi suspen sikit. Hehehe.. Rasa macam nak share tentang bahan-bahan yang saya 'gunakan' untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu pada anak saya. Sekurang-kurangnya boleh dibuat panduan buat ibu-ibu bekerja macam saya. Baiklah puan-puan, bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Breastpump
Kalau nak ikutkan, ada macam-macam jenis breastpump di pasaran. Tapi diingatkan, carilah breastpump yang bagus dan terkenal kerana 'effectiveness'nya. Antara brand yang ok ialah avent, spectra, medela. Itu antaranya je lah. As for me, saya ada 2 breastpump. Bukan tamak ya puan-puan. Tapi mengikut keperluan saya.

Breastpump pertama saya ialah Spectra 3, beli masa anak pertama saya 6 bulan gitu kot. Testimoni saya: Best, tak bising, praktikal dapat buat double-pumping. Tapi agak susah untuk dibawa ke hulu ke hilir terutama sekali bila perlu outstation sebab motornya berat.
Inilah rupanya Spectra 3. Beli dari kak Kamariah dari www.susuibu.com.
(Pic credits to www.momslittleones.com)


Oh ya, sebelum saya beli breastpump sendiri, pernah testing member opis punya Avent manual. Dan memang puas hati dengan hasilnya.

So bila masuk anak kedua, kirim kat kawan tolong belikan breastpump Avent manual kat Singapore sebab masa tu tengah megasale kat sana so dapat murah giler compare kat sini. Senang hati, kalau outstation, bawak yang Avent je sebab ringan dan x perlu risau nak cari powerpoint. Lagi satu, saya perhati pam Avent ni suction dia lebih kuat la pulak. Sekali press tu susu yang expressed lagi banyak banding spectra. Tapi takpelah Spectra 3 is doublepump, so jimat masa jugak. Orang kata lenguh guna pam manual, tapi saya rasa dengan Avent tak lenguh. Jadi kalau tanya saya, saya recommend pam Avent manual dan Spectra 3, berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Inilah lebih kurang rupa set Avent Isis Manual yang saya beli, dengan beg sekali lebih kurang RM290 tak silap.

2.Milkbag
Ada beberapa jenis milkbag saya pernah guna sepanjang menyusukan:
  • plastik aiskrim malaysia - kira milkbag la jugak kan. Sangat jimat space dan jimat duit! kira-kira sekeping tu tak sampai 10sen pun
  • Autumnz Milkbag - dapat hadiah dari kawan masa dalam pantang. Ada ziplock. Penyimpanan susu lebih teratur dan cantik dalam fridge. hehe.. Harga lebih kurang 50sen sekeping. Biasa dijual dalam pek 25keping / 50 keping.
  • You Have A Baby Milkbag - takde ziplock, kena ikat sendiri pakai getah atau apa-apa lah. Harga lebih murah berbanding yang berziplock macam Autumnz dan Joy Angel. Dijual dalam pekk 100 keping.
  • Joy Angel Milkbag - lebih kurang je dgn Autumnz. Kalau beli pun sebab compare harga and beli yang lebih murah time tu. Last sekali beli, borong 100 keping RM50+-.
3. Ice pack
Ya puan-puan, yang ni penting untuk pastikan susu yang diperah di ofis masih dalam keadaan baik bila dibawa balik. So far puas hati dengan MLO punya ice pack.















- covernya -



4. Beg Susu

Saya cuma gunakan beg Avent yang saya dapat dalam set Avent Isis tadi. Bila digunakan bersama ice pack, ok lah.. Sampai rumah jam 6 petang susu masih sejukkkkss..

5. Shawl

Haha.. macam pelik ke? Takde lah.. Sebab apa, saya pam susu di tempat (cubicle) saya je. Dulu biasanya pam di surau. Tapi lama-lama malas pulak nak berjalan ke surau. Baik pam kat tempat je sambil melayari internet ke buat kerja (jarang-jarang).. So, untuk cover line, saya akan cover dengan shawl yang besar tu.. then pusing ngadap ke belakang meja. Pam manual je.. bukan yang auto pun. So far kalau tiba-tiba orang datang pun, still boleh cover lagi. :)


Rasanya itu je bahan-bahan (gadgets) yang saya gunakan untuk pump n store dalam menjayakan misi penyusuan penuh ... Anda bagaimana?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...