Followers

Monday, December 13, 2010

Akhirnya...

Assalamualaikum...

Baru first posting dah 'akhirnya'?? Hihih.. Ya lah, akhirnya wujud jugak blog yang saya idam-idamkan selama ini. Bukan senang rupanya nak bagi nama kat blog baru ya. Mungkin sebab orang lain dah lama berblog, tapi saya baru nak mula. Jadinya habis dirembat nama-nama blog yang terlintas di fikiran. Hampir seminggu jugalah masa diambil untuk dapatkan nama blog sahaja. Harap-harap berbaloilah masa yang dihabiskan untuk memulakan blog ni. Ini kira 'penghijrahan' kecil saya lah... Sempena sambutan Awal Muharam tempoh hari. hihi.. Dan juga sempena ulangtahun saya yang ke-31 tak lama lagi. Saya harap (lagi) dapat memberi manfaat kepada orang lain, kerana "sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat/kebaikan kepada orang lain..."

InsyaAllah, jumpa lagi di entry seterusnya...

Take care!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...